Mayat mangsa yang ditutup dengan kain terbaring di jalan raya. - Foto DM
Agensi

Stockholm: Tiga lelaki dilihat melompat keluar dari lori dan melepaskan tembakan selepas lori berkenaan merempuh orang ramai di tepi jalan raya dekat sebuah pusat beli-belah di Åhlens Mall, Klarabergsgatan, hari ini, menyebabkan lima terbunuh.

Mereka juga dilaporkan menikam orang ramai ketika melarikan diri itu

Pemandu lori itu itu dipercayai berjaya ditahan manakala rakannya dilihat berlari ke arah stesen kereta api sambil melepaskan tembakan. Sekurang-kurangnya dua mangsa ditikam dalam kejadian yang menyebabkan lapan cedera.

Agensi perisikan Sweden, SAPO, menyatakan kejadian itu adalah serangan disengajakan yang menyebabkan kematian dan kecederaan. Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven, berkata kejadian itu adalah serangan pengganas dan mengesahkan seorang ditahan,

Ratusan orang dilihat berlari menyelamatkan diri selepas melihat trak berkenaan merempuh orang ramai sebelum melanggar dinding bangunan dan pasukan keselamatan menutup kawasan kejadian serta mengosongkan bangunan berhampiran.

Lori berkenaan adalah milik sebuah syarikat minuman yang dicuri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 10:59 PM