DONA jadi pilihan deejay antarabangsa.
DONA jadi pilihan deejay antarabangsa.
Ridzuan Abdul Rahman


Raut wajah eksotik ditambah bentuk fizikal menawan dan mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi, pelakon, bintang iklan serta pengacara, berjaya membuatkan nama artis Indonesia, Dona Amelia menjadi sebutan ramai.

Sesudah mencipta nama di negaranya sehingga digelar Indonesian Diva, Dona, 31, mengorak langkah menghasilkan album bergenre Trance & Electronic Dance Music (EDM) yang cukup sinonim dengan pusat hiburan dan konsert.

Selebriti berasal dari Malimping, Banten, Indonesia ini sudah berkolaborasi dengan ramai deejay popular genre EDM seperti Afrojack (Top 10 DJ), Diego Miranda (Top 58 DJ), Christina Novelli (Top 102 DJ & Singer), Standerwick (Top 10 Trance DJ), Matt Caseli (Pacha Ibiza Residence DJ) dan DJ Yen (DJ & Miss Universe Vietnam) di pelbagai lokasi antarabangsa.

Aksi lincahnya ketika beraksi di atas pentas membuatkan Dona turut diberikan gelaran Shakira of Asia daripada penggemar muzik rancak.

“Penampilan saya di atas pentas biasanya berani dan seksi. Saya suka bergaya dengan seluar pendek ketat namun tidak begitu mendedahkan kulit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 12:53 AM