OPTIMIS kebangkitan Mercedes di Shanghai walaupun ditewaskan Ferrari pada perlumbaan pembukaan.Mark Schiefelbein
OPTIMIS kebangkitan Mercedes di Shanghai walaupun ditewaskan Ferrari pada perlumbaan pembukaan.Mark Schiefelbein
Reuters

Shanghai: Mercedes agak gentar selepas ditewaskan Ferrari pada perlumbaan pembuka musim di Australia tetapi cabaran yang diberikan itu hanya akan menguatkan lagi pasukan, kata juara dunia Lewis Hamilton (gambar).

Saingan untuk merebut gelaran sejak tiga musim lalu lebih terarah kepada Hamilton dan Nico Rosberg. Kesungguhan kedua-dua pelumba itu menyaksikan Mercedes memenangi 51 daripada 59 perlumbaan hingga membolehkan mereka menjulang takhta pemandu dan pengeluar selama tiga tahun berturut-turut.

Saingan antara dua pelumba itu bermakna pengurusan Mercedes langsung tidak digugat dan mereka hanya perlu menguruskan keperluan Hamilton serta Rosberg sambil memastikan mereka mendapat layanan sewajarnya.

Tetapi kemenangan Sebastian Vettel di Melbourne bulan lalu pantas mengejutkan Mercedes yang mahu meneruskan dominasi mereka buat musim keempat.

“Apabila saingan hanya berlaku di dalam pasukan, mudah bagi pasukan untuk menguruskan semuanya kerana kami semua berkongsi sasaran sama,” kata Hamilton menjelang saingan di Grand Prix China.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 5:15 AM