PENUNGGANG dan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
PENUNGGANG dan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
Junaidi Ladjana


Tambunan: Penunggang dan pembonceng maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Tambunan-Keningau, berhampiran Simpang Kiawayan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, siasatan awal mendapati motosikal dari arah Tambunan menuju ke Keningau manakala kereta dari arah bertentangan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan kereta.

“Penunggang dan pembonceng maut di lokasi kejadian manakala pemandu keretahanya cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Ronnie James berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan pada pada 2.36 pagi.

“Setiba di lokasi, kemalangan membabitkan kereta dan motosikal. Pemandu kereta yang cedera diserahkan kepada paramedik untuk di bawa ke hospital.

“Penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 3:00 PM