GONZALI Gabriel Cabrera meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Mohd Azren JamaludinMOHD AZREN JAMALUDIN
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) berpesta gol apabila membenam Melaka United dengan jaringan 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Larkin di sini, malam tadi.

Babak pertama perlawanan menyaksikan anak didik Benjamin Mora menguasai perlawanan sebelum pasukan Harimau Selatan itu kekal mendahului pasukan lawan dengan jaringan 4-0.

Gol sulung Johor DT dijaringkan pemain import Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-6.

Pasukan tuan rumah terus mendahului perlawanan apabila Safiq Rahim turut menyumbangkan gol kedua pada minit ke-17.

Pemilik jersi nombor lima JDT, Mohd Amirulhadi Zainal tidak menunggu lama sebelum menambah gol ketiga pasukan tuan rumah pada minit ke-22.

Tindakan JDT memasukkan Azammuddin Mohd Akil menggantikan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-27 tepat apabila pemilik jersi nombor dua itu membantu Gonzalo Gabriel Cabrera menjaringkan gol keempat pada minit ke-33.

Babak separuh masa kedua pula memperlihatkan pasukan tuan rumah menambah dua lagi gol menerusi sepakan Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-46 bagi gol kelima dan Safiq Rahim untuk gol keenam pada minit ke-58.

Safiq membuat hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-87 membolehkan JDT mendahului jaringan 7-0 hingga ke tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 11:11 PM