HAIRUDDIN cadangkan pasukan gagal lunaskan gaji disingkirkan daripada saingan liga profesional.
HAIRUDDIN cadangkan pasukan gagal lunaskan gaji disingkirkan daripada saingan liga profesional.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar menyeru semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M) menyelesaikan segera tunggakan gaji pemain selepas menerima bayaran sebanyak RM9 juta daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jelas Hairuddin, bayaran yang akan diagihkan kepada 24 pasukan di Liga Super (RM500,000) dan Liga Perdana (RM250,000) itu dilihat mampu meringankan beban kantung pasukan yang mengalami krisis kewangan.

Begitupun, bekas pemain kebangsaan itu mengakui bimbang duit itu akan disalah gunakan dan beliau mencadangkan supaya pasukan yang masih gagal melunaskan gaji disingkirkan daripada saingan liga profesional.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada FAM yang kini diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menyalurkan bantuan dengan mengagihkan hutang tertunggak kepada semua pasukan bagi membolehkan mereka melangsaikan tunggakan gaji pemain.

“Namun saya cukup bimbang sekiranya kelebihan yang diberikan FAM itu tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan bertanding.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 7:04 AM