BOM mortar yang ditemui dalam semak di Jalan Reko, Kajang, pagi tadi.
BOM mortar yang ditemui dalam semak di Jalan Reko, Kajang, pagi tadi.
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kajang: Satu bom mortar lama ditemui dalam semak berhampiran dewan orang ramai di Jalan Reko, di sini, 8.34 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, bom jenis mortar 60mm ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat itu pihaknya segera menutup kawasan itu sebelum Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tiba bagi melakukan kerja mengalihkan bom itu.

"Bom itu dibawa ke kawasan kuari batu Semenyih, di sini, untuk dimusnahkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 6:50 PM