BROWN dengan koleksi Thumbler dan Dust Plug Rilakkuma.
BROWN dengan koleksi Thumbler dan Dust Plug Rilakkuma.

Kuala Lumpur: 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd meraikan kedatangan 2015 dengan memperkenalkan watak yang paling terkenal di Jepun, Rilakkuma.

Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Gary Brown berkata, berasal dari sebutan ‘rileks’ dan ‘beruang’ dalam bahasa Jepun, Rilakkuma menjadi bualan ramai apabila diperkenalkan pada tahun 2003.

“Sempena kedatangan tahun baru ini, peminat Rilakkuma berpeluang memiliki botol air dan ‘Dust Plug’ Rilakkuma yang ditawarkan dalam empat reka bentuk menarik,” katanya.

Pelanggan boleh memiliki koleksi ini apabila membeli mana-mana barangan promosi Riuh 2015 atau jenama produk yang mengambil bahagian di seluruh cawangan 7-Eleven Malaysia dari 6 Januari 2015 hingga 9 Mac 2015 (tidak termasuk Langkawi).

Botol air Rilakkuma dijual dengan harga RM 11.90 (harga runcit RM 19.80) dan ‘Dust Plug’ Rilakkuma dijual pada harga RM 4.80 (harga runcit RM 8.00) setiap satu.

“Rilakkuma menjadi satu ikon popular bukan saja di Jepun, tetapi juga di seluruh rantau Asia. Koleksi eksklusif ini hanya boleh didapati dalam masa terhad,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:28 AM