Pro 6 Plus dan M5 Note yang dilancarkan MEIZU. FOTO Salhani Ibrahim
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Kuala Lumpur: MEIZU, jenama telefon pintar dari China kini memperkenalkan barisan baru peranti pintarnya, Pro 6 Plus dan M5 Note.

Dengan paparan Super AMOLED 5.7 inci, Pro 6 Plus hadir dengan resolusi skrin Quad 2K HD penuh.

Ia turut disokong oleh sistem operasi Flyme 5 dan pemprosesan Samsung Exynos 8890 2.0Hz.

Menariknya, peranti ini direka dengan kawalan sentuhan tiga dimensi (3D) untuk menyampaikan pengalaman penggunaan terbaik kepada penggunanya.

M5 Note pula tampil lebih berprestasi bersama pemprosesan Helio P10 64-bit 8-core.

Mempunyai saiz skrin lebih kecil berbanding Pro 6 Plus, M5 Note didatangkan dengan skrin 5.5 inci serta paparan beresolusi 1,080 piksel.

Dengan kuasa pengecasan pantas 40 peratus lebih tinggi daripada teknologi mCharge, telefon ini menawarkan berkapasiti bateri 4,000mAh.

Kedua-dua peranti kini boleh didapatkan di pengedar sah pada harga masing-masing RM1,999 dan RM849.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 3:20 PM