Oleh Md Fuzi Abd Lateh

Kuala Kubu Bharu: Pasukan Tanjak Junior FC membuktikan kehebatan apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bolasepak Piala Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) B-12 tahun di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

Aksi sengit final menyaksikan pasukan ini menewaskan Gembira FC 3- 1.

Jurulatih pasukan Nasrey Salleh berkata, pengalaman luas barisan pemain yang sering terdedah dengan kejohanan peringkat kebangsaan mampu memberikan kejayaan disasarkan itu.

Katanya, pada aksi suku akhir Tanjak Junior FC menewaskan Kilat Junior 1-0 hasil jaringan Nabil Solihin.

“Kami mara ke separuh akhir dengan azam mahu ke final dan akhirnya berjaya apabila MDHS FC 1-0.

“Gol kemenangan dijaringkan Hazidawi Mazlan yang juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan apabila kami menewaskan Gembira FC di final,” katanya.

Amirul Haziq menjaringkan gol pertama disusuli dua gol lagi menerusi Hazidawi.

“Kejayaan ini menyuntik semangat pemain untuk terus membuktikan kemampuan,” katanya.

Tempat ketiga diraih secara bersama MDHS FC dan Junior Football.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 6:02 AM