X

Bangkok: Sebuah syarikat hartanah tempatan mengumumkan rancangan mereka membina pencakar langit di Bangkok dan menjadi satu daripada 10 bangunan tertinggi di dunia apabila ia siap lima tahun lagi.

Bangunan 125 tingkat itu akan dibina setinggi 615 meter dan dilengkapi sebuah hotel mewah, pejabat dan pelantar tinjau yang menghadap ke arah pusat kota raya Bangkok.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat Grand Canal Land Public Company Ltd berkata bangunan itu akan menjadi pusat perniagaan, beli-belah dan kediaman terbaru di Bangkok.

"Ia menelan belanja sebanyak Bht100 bilion (RM10 bilion)," katanya.

Pengumuman semalam dianggap satu petanda keyakinan pelabur terhadap ekonomi Thailand yang sebelum ini kehilangan dinamisme akibat konflik politik berpanjangan.

Jika ia siap dibina hari ini, Super Tower akan berada di tempat kedua di belakang Burj Khalifa di Dubai. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:41 AM