BERNAMA

Kuala Lumpur: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

"Pelantikan ini akan membolehkan Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 3:23 PM