MAYAT yang ditemui orang awam. FOTO ihsan Polis
MAYAT yang ditemui orang awam. FOTO ihsan Polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Tatau: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tersangkut pada bot tunda oleh orang awam di Sungai Kelebu, Tatau, semalam.

Lelaki dipercayai warga tempatan berusia 40-an itu ditemui pada 11.30 pagi, sebelum polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau dimaklumkan mengenai penemuan itu.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh lelaki terbabit dan dipercayai sudah mati sejak dua hari lalu.

"Ketika ditemui, lelaki terbabit memakai seluar pendek dan baju-T dan berkemungkinan terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus.

"Mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 3:27 PM