ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Zairee Mohd Yasak


Melaka: Seorang penumpang hadapan tersepit manakala pemandu dan tiga lagi rakannya cedera ringan apabila kereta yang dinaiki melanggar sebatang pokok di Jalan Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, 9 malam tadi.

Difahamkan ketika kejadian mangsa Tan Zhg Xuain, 18, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama rakannya.

Namun, ketika tiba di lokasi kemalangan Proton Iswara dipandu rakannya itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok menyebabkan Tan, tersepit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba II Hadzar Hassan berkata, pemeriksaan awal dilakukan ketika itu mendapati mangsa dalam keadaan separuh sedar.

"”Kami ambil masa tujuh minit untuk keluarkan mangsa menggunakan alat pemotong hidraulik.

“Pemeriksaan anggota perubatan mendapati tangan kanan mangsa patah dan dia dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 3:00 AM