Murid SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, menggunakan mesin perakam waktu kedatangan bermula hari ini. - Foto GHAZALI KORI
Murid SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, menggunakan mesin perakam waktu kedatangan bermula hari ini. - Foto GHAZALI KORI
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Nerus: Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak di sini, menjadi sekolah pertama di negeri ini menggunakan mesin perakam waktu untuk kehadiran murid yang mula dilaksanakan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin berkata, 900 murid menggunakan mesin perakam waktu itu untuk sesi persekolahan hari ini sebagai usaha pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin murid.

"Ia inovasi baru di sekolah dan kami bangga kerana pembaharuan ini adalah yang pertama di negeri ini.

"Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)," katanya yang hadir menyaksikan pelaksanaan sistem itu di sekolah berkenaan.

Menurutnya, enam mesin perakam waktu disediakan disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 11:12 AM