Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Pemangku pengarah sebuah agensi kerajaan direman selama enam hari bermula hari ini atas kesalahan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM3,500, semalam.

Lelaki berusia 56 tahun itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Nor Faizah Abdullah.

Terdahulu, lelaki itu tiba di mahkamah jam 11.45 pagi diiringi pegawai SPRM.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusoff berkata, lelaki itu ditahan pada jam 3.30 petang semalam di sebuah restoran di Kubang Kerian atas kesalahan menerima rasuah sebagai dorongan memindahkan beras dari Kelantan ke Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 2:19 PM
Suspek yang diiringi pegawai SPRM negeri direman selama enam hari bermula hari ini. FOTO Zaman Huri Isa
Suspek yang diiringi pegawai SPRM negeri direman selama enam hari bermula hari ini. FOTO Zaman Huri Isa