AIMAN, Sufian kongsi pengalaman perjalanan karier di konti radio TVMBI.

Kedua-dua penyanyi yang menjadi kegilaan peminat masa kini Aiman Tino dan Sufian Suhaimi bakal muncul dengan single ketiga masing-masing yang lebih ‘catchy’.

Sufian, 25, yang popular dengan lagu Terakhir dan Harus Aku berkata, dia akan mengeluarkan lagu raya sempena Aidilfitri tahun ini dan satu lagi lagu raya selepas Aidilfitri.

“Liriknya sudah ada tetapi belum ada judul yang sesuai. Kali ini saya cuba membawa konsep lebih rancak dan ceria kerana mahu menjadi lebih versatil. Saya tidak mahu kekal pada satu genre yang sama saja. Konsep lagu terbaru itu nanti akan lebih meraikan cinta berbanding meratapi cinta,” katanya.

Aiman, 18, yang popular dengan lagu Kurela Dibenci dan Permata Cinta berkata, dia mengharapkan penerimaan peminat kepada kelainan konsep lirik dan lagu yang bakal dikeluarkan nanti.

“Konsep album ketiga saya nanti boleh dikatakan jiwang tetapi lebih rancak. Insya-Allah akan dipasarkan Julai nanti,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 6:15 AM