KEADAAN kereta yang tersepit di antara lori dan bas.
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Pemandu dan penumpang kereta maut dalam kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Pinang, di sini.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta yang dihempap lori.

Jurucakap trafik berkata, setakat ini satu mayat sudah dikeluarkan manakala satu lagi mayat masih tersepit dalam kereta.

"Pasukan bomba dan penyelamat masih menjalankan kerja-kerja untuk mengeluarkan satu lagi mayat.

"Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kemalangan membabitkan dua lori, satu bas dan tiga kereta itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 1:06 PM
Skip this ad x