NAZEERA. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Norhayati Nordin

Selesa mengunci mulut daripada berbicara secara terbuka perihal peribadi membuatkan pelakon Siti Nazeera Sardi, 31, pernah dianggap tak mesra media.

Hampir empat tahun membina karier lakonan, Nazeera didakwa sukar memberi kerjasama untuk sesi fotografi yang cuba diatur bersamanya suatu ketika dulu.

Ia gara-gara pada masa itu Nazeera dikhabarkan hangat menjalin cinta dengan selebriti lelaki popular tanah air dan mungkin dia mahu mengelak.

Pun begitu, ketika bersua pelakon utama drama Pembancuh Kopi Mr Vampire yang kini disiarkan Hypp TV ini, Nazeera tenang menolak dakwaan itu.

Gadis kelahiran Negeri Sembilan ini berkata, dia tidak pernah cuba mengelak daripada pihak media semata-mata enggan menjawab soal peribadi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 6:35 AM