Mayat mangsa yang maut terbaring di tepi lebuh raya. - Foto Ihsan Pembaca
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kajang: Dua penunggang maut selepas melanggar belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 297.6 lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, empat penunggang lelaki berusia 17 hingga 25 tahun menunggang dari Kuala Lumpur menghala Seremban.

Menurut sumber, satu daripada empat motosikal berkenaan melanggar pintu belakang kanan sebuah Proton Gen 2 yang berhenti di lorong kecemasan sebelah kiri jalan untuk menukar tayar yang pecah.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, motosikal yang lain tidak sempat mengelak dan berlaku pergeseran antara satu sama lain.

“Akibatnya, dua penunggang maut akibat parah di kepala manakala penumpang kereta itu parah. Mayat mangsa dan yang cedera dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 1:08 PM