Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat, Rosnazli Mohd Amin menunjukkan gambar tapak projek penempatan semula penduduk. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat, Rosnazli Mohd Amin menunjukkan gambar tapak projek penempatan semula penduduk. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Kerajaan Kelantan akan memulakan pembinaan Kampung Warisan Pelancongan mukim Kampung Laut, di sini, sebaik sahaja penempatan semula penduduk siap sepenuhnya 2018.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek itu membabitkan kos sebanyak RM30 juta akan diuruskan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

"Seramai 12 keluarga yang tinggal di Kampung Sungai Nyior, di sini, akan dipindahkan ke penempatan baru yang akan dibina tidak lama lagi di Kampung Laut.

"Penempatan semula di atas tanah seluas 1.48 hektar akan dilengkapi masjid, dewan serbaguna, kiosk jualan dan kemudahan lain," katanya ketika ditemui selepas majlis Solat Hajat dan Pecah Tanah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penempatan baru itu juga akan dijadikan perkampungan kraftangan dan pusat pelancongan yang mempunyai kemudahan membeli belah.

"Kita akan bekerjasama dengan Pusat Pelancongan Malaysia untuk menjadikan penempatan semula itu sebagai pusat tumpuan pelancong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 4:26 PM