MODEL menunjukkan Galaxy Note 4.
MODEL menunjukkan Galaxy Note 4.

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (SME) melancarkan Galaxy Note 4, semalam dan mula dijual kepada orang ramai mulai Jumaat ini pada harga anggaran RM2,499.

Dikuasai pemproses Octa Core masing-masing berkekuatan 1.9GHz Quad dan 1.3GHz Quad serta skrin Quad HD Super AMOLED 5.7 inci.

Presidennya, Lee Dong Yong berkata, pengenalan itu membuktikan inovasi luar biasa di dalam industri teknologi yang banyak mencipta standard baru dalam budaya telefon pintar.

"Galaxy Note 4 memperkenalkan pengalaman paling sempurna 'Note' menerusi gabungan semua teknologi terkini yang dijangka pengguna dalam siri Galaxy,"katanya pada majlis pelancarannya di sini, semalam.

Beroperasi di atas platform sistem operasi Android 4.4 (KitKat) memang amat bertenaga untuk mengaktifkan tugasan berbilang tetingkap.

Kamera belakang dilengkapi sensor beresolusi 16 megapiksel manakala kamera depan 3.7 megapiksel dengan keupayaan rakaman sudut lebar.

SME turut melancarkan jam pintar Samsung Gear S.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:42 AM