MANGSA ditemui hampiran pondok rehat. Foto ihsan Bomba
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Lelaki ditemui rebah sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Lambak di sini seorang diri kira-kira 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, mangsa seorang pesara Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB) dikenali sebagai Kamsani Ahmad, 61, ditemui dalam keadaan tertiarap pada ketinggian 800 meter berhampiran pondok rehat hutan rekreasi gunung berkenaan.

"Mangsa dipercayai mendaki gunung lambak seorang diri dan rebah ketika ketinggian 800 meter iaitu brhampiran pondok rehat.

"Mengikut keterangan isteri dan anak, mangsa sering mendaki gunung terbabit seorang diri selain dikatakan menghidapi sakit jantung.

"Bedah siasat mengegnai punca kematian akibat serangan jantung apabila saluran darah di jantung tersumbat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 5:18 PM
Skip this ad x