ABDUL Aziz diapit oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Speang, Deputi Superintendan Fairus Jaafar (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Harizan Misron (kanan) menunjukkan senjata yang dirampas daripada suspek. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Polis melumpuhkan kumpulan geng samun kedai serbaneka 24 jam dikenali Geng Rooban apabila lima anggota kumpulan itu diberkas antara 9 hingga 12 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kumpulan itu terbabit dalam lima kes samun kedai serbaneka dan rumah sejak tahun lalu, masing-masing di Sepang, Banting dan Klang.

Beliau berkata, suspek berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 April ini sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Banting dan Klang.

"Kami turut merampas beberapa bilah parang yang digunakan untuk menyamun selain tiga kenderaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk perjudian; merusuh dan samun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 5:42 PM
Digital NSTP Subscribe