MD Norhalim (kiri) bertemu Normah dan Hamdan ketika berkunjung ke kediaman keluarga itu di Taman Ilham, Kluang.
Adnan Ibrahim


Kluang: “Ini sahaja mampu saya lakukan untuk membalas kasih sayang mereka,” kata Hamdan Hassan, 23, yang menjaga ibu bapa terlantar kerana menghidap penyakit kronik di rumah keluarganya di Taman Ilham, di sini, sejak tamat persekolahan.

Hamdan berkata, selepas tamat tingkatan enam pada 2013, dia terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian atau bekerja kerana mahu menjaga ibunya, Normah Md Dom, 59, yang menghidap barah payudara tahap empat dan bapa, Hassan Roslan, 61 yang diserang angin ahmar sejak 10 tahun lalu.

Kata anak bongsu dari pada lima beradik itu, dia perlu menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapanya kerana sedar dua abang dan seorang kakak yang sudah berkeluarga mempunyai tanggungjawab serta komitmen masing-masing.

“Sebagai adik bongsu, tiada masalah bagi saya mengambil peranan menjaga ibu dan ayah kerana adik-beradik lain turut membantu dengan cara lain.

“Buat masa ini tumpuan saya ialah ibu yang tidak boleh melakukan kerja berat, manakala ayah pula tidak boleh bergerak kerana sebelah tubuhnya lumpuh akibat angin ahmar,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang Md Norhalim Md Amin bersama rombongan Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) untuk menyampaikan bantuan lampin pakai buang dan wang perbelanjaan harian, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 6:46 AM