MUSTAPA (tengah) bergambar bersama penerima selepsa Majlis Penyerahan Kunci. FOTO Faris Zainuldin
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kuala Krai: Seramai 107 keluarga yang menjadi mangsa banjir besar Disember 2014, menerima Rumah Kekal Baharu (RKB) di Sungai Durian di sini, hari ini.

Rumah berkenaan dibina di atas tanah seluas enam hektar dengan kos sebanyak RM10.04 juta dan disampaikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemilik.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata, kawasan berkenaan memberi keselesaan kepada semua penduduk kerana dilengkapi infrastruktur jalan, elektrik, air dan lain-lain.

Katanya, 115 rumah kekal yang belum dibina iaitu 30 di Kampung Manjor, Kuala Krai dan masing-masing 70 rumah di Limau Kasturi, tujuh di Sungai Kerian dan lapan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Lebir, Gua Musang.

"Pembinaan rumah kekal di Limau Kasturi tergendala kerana menghadapi masalah infrastruktur yang belum siap.

"Kita akan menyelesaikan pembinaan rumah kekal ini dengan segera sebelum akhir tahun ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Hak Milik RKB di Sungai Durian, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 5:48 PM