SEARCH bersama pemilik Dream Studio, Zaharul (kiri) dan bekas promoter konsert popular, Ali Bakar (dua dari kanan).

Selepas hampir tiga dekad diterbitkan, Search mengembalikan nostalgia album Fenomena yang diedarkan kembali dalam bentuk piring hitam atau ‘vinyl’ yang bakal menemui peminat awal Jun depan.

Penyanyinya, Amy berkata, album itu dipilih kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri dan berjaya menjulang nama Search pada satu tahap yang tinggi.

“Search adalah band rock tempatan pertama merakamkan album. Album Fenomena yang diterbitkan Datuk M Nasir itu adalah kemuncak kejayaan Search.

“Buktinya, ia membawa pelbagai tuah dan kejayaan berganda buat Search hingga berjaya menembusi pasaran Indonesia,” katanya.

Album Fenomena yang dipasarkan pada 1989 mencatat jualan melebihi 250,000 unit di Malaysia dan lebih dua juta unit di Indonesia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 6:35 AM