LLORIS (kanan) mahu rakan sepasukan kembali buru kejuaraan liga. FOTO Reuters
AFP

London: Hugo Lloris menegaskan Tottenham masih percaya mereka mampu memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun tewas di tangan Chelsea pada separuh akhir Piala FA.

Skuad Mauricio Pochettino itu meninggalkan Wembley dengan rasa kecewa apatah lagi mereka mendominasi perlawanan sebelum melepaskan dua gol pada lewat permainan yang menyaksikan Spurs tumbang 2-4.

Kesan psikologi yang dialami pemain Tottenham tidak boleh dipandang remeh apatah lagi mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk berehat kerana saingan liga kembali bersambung pertengahan minggu ini.

Tottenham menduduki tangga kedua dan empat mata di belakang Chelsea tetapi pendahulu itu mampu melebarkan jurang perbezaan kepada tujuh mata andai menewaskan Southampton di Stamford Bridge sebelum skuad kendalian Pochettino bertandang ke Crystal Palace.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 6:28 AM