MOHD Thaqif mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail pada 22 April lalu. FOTO ihsan Pejabat Exco Kesihatan Johor
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Murid tahfiz yang dipotong kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi akibat jangkitan kuman kini dilaporkan dalam keadaan tenat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata, keluarganya dimaklumkan doktor bahawa degupan jantung kanak-kanakberusia 11 tahun itu semakin lemah.

“Pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan pagi ini juga ditangguh kerana keadaannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Thaqif Amin sepatutnya menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi tadi.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke HSI susulan dakwaan dia dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 1:10 PM