Jakarta: AirAsia Indonesia akan membayar pampasan USD24,000 (Rp 305 juta) kepada keluarga mangsa pesawat QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu di Laut Jawa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Indonesia Sunu Widyatmoko berkata, jumlah pampasan kepada setiap keluarga adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh undang-undang Indonesia dan diminta oleh kerajaan negara itu.

“Berdasarkan peruntukkan yang ada keluarga mangsa layak menerima jumlah pampasan yang besar.

“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih menghormati perasaan keluarga yang enggan membicarakan lagi soal pampasan, tetapi mencari mayat mangsa yang masih hilang,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif Industri Non Bank (OJK) Firdaus Djaelani berkata, 25 penumpang yang menjadi mangsa tragedi pesawat itu layak menerima pampasan Rp315 juta hingga Rp750 juta (RM88,000 hingga RM210,000) seorang. - The Wall Street Journal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 11:34 AM