Latif dan Siti Rahmah bersama trofi. FOTO HM/OSMAN ADNAN
Latif dan Siti Rahmah bersama trofi. FOTO HM/OSMAN ADNAN
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Abdul Latif Romly melakar sejarah apabila muncul atlet paralimpik pertama dinobatkan Olahragawan Kebangsaan sejak ia mula diperkenalkan pada 1966.

Atlet lompat jauh yang memenangi emas Sukan Paralimpik Rio pada tahun lalu itu, mengenepikan lima calon lain seperti Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2016 yang berlangsung hari ini.

Abdul Latif melakar tiga rekod dunia dalam laluannya meraih emas lompat jauh kategori T20 (masalah pembelajaran) di Sukan Paralimpik Rio itu.

Kejayaan itu membolehkan Abdul Latif menerima Piala Pusingan, Piala iringan, Sijil dan RM20,000 dengan hadiah disampaikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Siti Rahmah Mohamed Nasir turut melakar sejarah apabila muncul atlet silat wanita pertama memenangi Olahragawati Kebangsaan.

Dia mengenepikan lima calon lain termasuk pemenang tahun lalu, Pandelela Rinong.

Bagaimanapun Pandelela meraih Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan bersama gandingannya yang meraih pingat perak di Olimpik Rio, Cheong Jun Hoong.

Manakala pasukan lelaki kebangsaan dimenangi pasangan beregu badminton negara Tan Wee Kiong/Goh Wei Shem susulan kejayaan perak di Olimpik Rio.

------------------

Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2016

Jurulatih Lelaki Kebangsaan: R Jaganathan (Olahraga Paralimpik)-Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM5,000

Jurulatih Wanita Kebangsaan: Chin Eei Hui (badminton)-Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM5,000

Pasukan Lelaki Kebangsaan: Tan Wee Kiong/Goh Wei Shem (badminton)-Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM20,000

Pasukan Wanita Kebangsaan: Pandelela Rinong Pamg/Cheong Jun Hoong -Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM20,000

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Tiada pemenang

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Siti Noor Radiah Ismail (Olahraga)-Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM20,000

Olahragawan Kebangsaan: Abdul Latif Romly (Olahraga Paralimpik)-Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM20,000

Olahragawati Kebangsaan: Siti Rahmah Mohamed Nasir (Silat)-Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil, RM20,000

Kepimpinan Sukan

1) Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam (PESAKA)- Piala Iringan, Sijil

2) N Shanmuga Rajah (Gimnastik) - Piala Iringan, Sijil

Tokoh Sukan

1) Tun Jeanne Abdullah (MPM) -Piala Iringan

2) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar (MOM)- Piala Iringan

Anugerah Khas

1) Datuk Dina Rizal (SportsUnite)- Piala Iringan

2) Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)- Piala Iringan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 11:12 PM