Mohd Thaqif dikebumikan tengah malam ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Sabran Md Sani


Kota Tinggi: Jenazah murid tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selamat dikebumikan, 12.20 tengah malam ini.

Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di sini, yang dihadiri ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan tahfiz.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di hospital berkenaan selepas selesai menjalani bedah siasat pada jam 10.30 malam sebelum dikebumikan berdekatan kediaman datuknya di Felda berkenaan pada 12.20 tengah malam ini.

Mohamad Thaqif meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.

Mohamad Thaqif sepatutnya menjalani pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan pagi ini namun ditangguh kerana keadaan jantungnya lemah.

Mohamad Thaqif pada mulanya dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dilaporkan disebat oleh pembantu warden asrama madrasah.

Kedua-dua kakinya sebelum ini turut dipotong pada Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 1:22 AM