SITI Rosmizah (kiri) berbincang dengan peguamnya selepas memfailkan saman fitnah. FOTO Mohd Yusni Ariffin
SITI Rosmizah (kiri) berbincang dengan peguamnya selepas memfailkan saman fitnah. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Penulis novel 7 Hari Mencintaimu memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini, menuntut RM10 juta terhadap penerbit drama, Datuk Ziela Jalil atas dakwaan wanita itu mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.

Siti Rosmizah Semail yang juga seorang peguam memfailkan saman itu terhadap Ziela atau nama sebenarnya Norlizah Abdul Jalil melalui Tetuan Chambers of Rafie Mohd Shafie & Associates, di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Rosmizah sebagai plaintif mendakwa pada 9 Februari dan 10 April lalu, Ziela sebagai defendan memuat naik, menyiarkan, menyebarkan dan menghebahkan kenyataan fitnah di laman sosial Instagram miliknya.

Oleh itu, plaintif menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 1:52 PM