Gambar ada ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Gambar ada ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Empat kejadian pokok tumbang dan tiga kes bumbung runtuh berlaku di sekitar ibu kota berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata empat kejadian dilaporkan mengalami pokok tumbang adalah membabitkan kawasan Taman Bukit Cheras, Taman Seri Petaling, Apartment Segar Court dan Taman Desa Petaling.

Katanya, kejadian menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap pokok.

"Tiga lokasi dilaporkan mengalami kejadian bumbung runtuh akibat terbangkan angin adalah membabitkan banggunan Universiti College Sedaya International di Taman Tayton View, Flat Seri Pinang dan Taman Connought.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat turut dikerahkan ke lokasi bagi bantuan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 6:57 PM