Keadaan kereta yang dihempap pokok di Jalan 1/105, Bandar Tun Razak, Cheras, 6 petang hari ini. FOTO ITIS
Keadaan kereta yang dihempap pokok di Jalan 1/105, Bandar Tun Razak, Cheras, 6 petang hari ini. FOTO ITIS
Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Tiga kereta yang diletakkan di Jalan 1/105, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, dihempap sebatang pokok hari ini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku selepas angin kencang di kawasan berkenaan.

Jurucakap Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu.

"Pihak ITIS membawa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang tengah jalan.

"Dua kereta dan sebuah pacuan empat roda rosak dalam kejadian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 9:38 PM