FOTO Arkib NSTP
Ardini Sophia Sina


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin melancarkan novel Wanita Terakhir di Bilik Melaka, Pusat Dagangan Putra Dunia (PWTC), di sini, petang tadi.

Novel hasil tulisan novelis terkenal Ezza Mysara itu adalah hasil terjemahan Fattah berdasarkan lagu dengan judul yang sama.

"Ini adalah kali kedua saya bekerjasama dengan Idea Kreatif. Kali pertama adalah menerusi buku 99 Kata-Kata #qaliffmoden Fattah Amin.

"Cerita yang dipaparkan dalam novel itu adalah idea saya. Ia mengisahkan seorang lelaki yang berjuang untuk mendapatkan wanita terakhirnya," kata Fattah.

Ditanyakan sama ada 'wanita terakhir' itu merujuk kepada Neelofa atau sebaliknya, katanya, cerita yang ditulis itu tidak ada kaitan dengan perjalanan hidupnya.

"Saya tidak dapat menghalang pembaca untuk membayangkan identiti wanita terakhir itu tetapi novel itu hanya sekadar rekaan," tegasnya.

Melihat pada maklum balas positif peminat, Fattah bercadang untuk mengadaptasi novel berkenaan ke drama.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi lebih banyak maklumat kerana masih pada peringkat perancangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 6:33 PM