Firhan Ashari cuba melepasi halangan pemain Jepun pada saingan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh. FOTO Muhaizan Yahha
Firhan Ashari cuba melepasi halangan pemain Jepun pada saingan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh. FOTO Muhaizan Yahha
Azizan Hashim


JARINGAN Shota Yamada pada minit ke-40 membantu Blue Samurai, Jepun menafikan kemenangan tuan rumah, Malaysia apabila sekadar seri 1-1 dalam kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-26 di Stadium Azlan Shah, malam tadi.

Malaysia mendahului 32 minit apabila Razie Rahim menemui sasaran melalui pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-8.

Walaupun tuan rumah mengasak hebat tetapi penjaga gol lawan Takasi Yoshikawa bertindak cemerlang untuk memastikan kubunya tidak bolos lagi.

Malaysia juga perlu berterima kasih kepada penjaga gawangnya S Kumar yang menghalang penyerang lawan dua kali dalam situasi satu sama satu.

Sementara itu, Hasrat juara bertahan, Australia membuka kempen dengan nota kemenangan tidak kesampaian apabila diikat tetangga, New Zealand 1-1.

Tom Graig meletakkan Australia di hadapan pada minit ke-32 dan tampak menuju kejayaan apabila berjaya menyekat kemaraan lawan.

Bagaimanapun pasukan Kiwi yang tidak mudah patah semangat bangkit dan kesungguhan mereka berhasil apabila menyamakan kedudukan melalui Dominic Mewman pada minit 52.

Terdahulu Great Britain muncul dari belakang untuk nengikat India 2-2.

Dalam perlawanan yang tertangguh dua jam akubat hujan lebat serta kilat,

India yang juga naib juara tahun lalu membuka jaringan melalui Akashdeep Singh pada m-19.

Namun, enam minit kemudian Great Britain memadam kelebihan itu melalui Christopher Griffiths.

Mandeep Singh meletak India kembali di hadapan pada m-47 tetapi kedudukan itu hanya bertahan lima minit apabila Alan Forsyth menjaring gol penyamaan untuk menyelamat pasukan Great Britain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 9:09 AM