MOHD Irwan (dua kiri) menghadiri taklimat cara pembelajaran Bahasa Inggeris selepas merasmikan Program BI1M 2017 Fasa Kedua. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Kementerian Kewangan mensasarkan lebih 6,000 orang menyertai program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) tahun ini di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk menjayakan program itu.

Katanya, program BI1M itu terbuka kepada semua masyarakat yang mengikuti kelas selama enam bulan secara percuma.

"Tahun lalu, seramai 3,400 peserta yang menyertai program itu yang berusia di antara tujuh hingga 77 tahun.

"Peserta akan mengikuti kelas selama enam bulan dan dalam tempoh itu mereka dapat bercakap dengan baik dalam bahasa antarabangsa itu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program BI1M 2017 Fasa Kedua, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 9:26 PM