ROSMAH menyampaikan replika kunci kepada Rafiah (kiri) dan Anismah (dua kanan) sebagai simbolik merasmikan bas baru  Kolej Tunku Kurshiah dan program Kembali Ke Sekolah di Kolej Tunku Kurshiah. FOTO Hazreen Mohamad
ROSMAH menyampaikan replika kunci kepada Rafiah (kiri) dan Anismah (dua kanan) sebagai simbolik merasmikan bas baru Kolej Tunku Kurshiah dan program Kembali Ke Sekolah di Kolej Tunku Kurshiah. FOTO Hazreen Mohamad
Raja Noraina Raja Rahim


Nilai: Kolej Tunku Kurshiah (TKC) menerima bas baru sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempena Program Kembali Ke Sekolah di Bandar Enstek, hari ini.

Bas berkenaan akan digunakan sebagai pengangkutan rasmi sekolah.

Kunci bas diserahkan oleh Presiden Persatuan Murid-Murid Tua TKC (TKC OGA), Tan Sri Rafiah Salim kepada Pengetua TKC, Anismah M Noh sambil disaksikan Rosmah yang juga alumni TKC.

Rosmah ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata, sumbangan bas terbabit membolehkan pelajar bergerak dengan lebih selesa dan selamat.

"Saya mengharapkan sokongan berterusan daripada kerajaan, pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan standard yang dilakar TKC sebagai sekolah berasrama penuh terbaik dikekalkan.

"Ia menentukan hala tuju TKC sebagai institusi pendidikan berupaya melahirkan modal insan berkualiti," katanya.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis meraikan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

FOTO Hazreen Mohamad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 4:18 PM