(Dari kanan) Hussin, Noorsham, Azim Fitri dan Nazirul Roselan antara 62 pendaki berjaya sampai ke ABC. FOTO NSTP
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Pokhara (Nepal): Seramai 62 pendaki mencatat sejarah sebagai kumpulan paling ramai dari Malaysia yang berjaya menawan kem induk Annapurna (ABC), 2 petang waktu tempatan (4 waktu Malaysia), hari ini.

Semua pendaki terdiri daripada petugas media, pegawai dan anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memulakan cabaran pada Khamis lalu sebelum tiba pada ketinggian 4,130 meter.

Cabaran ekspedisi ke ABC yang memakan masa selama empat hari itu memulakan pendakian dari Siwai, di sini, terpaksa melalui laluan pendakian berbatu dan bertangga yang menguji fizikal dan mental peserta.

Selain laluan pendakian yang panjang sejauh 41 kilometer, kumpulan pendaki terpaksa menempuh cuaca sejuk iaitu negatif lima darjah selsius, hujan air batu dan laluan bersalji ketika pendakian memasuki hari keempat.

Ekspedisi turut disertai Pengarang Bersekutu (Berita dan Integrasi Media) Harian Metro Noor Sham Saleh, Pengarang Bersekutu Rencana Husain Jahit dan wartawan Harian Metro Biro Kuantan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 9:26 PM