GRIEZMANN (kiri) jadi taruhan Atletico.
GRIEZMANN (kiri) jadi taruhan Atletico.
AFP

Paris: Penyerang terhebat Eropah seperti pemecah rekod Cristiano Ronaldo sehinggalah pewaris berpotensi Kylian Mbappe bakal menjadi tumpuan minggu ini dalam dua aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Ronaldo dan Real menanti kunjungan Atletico Madrid awal pagi Rabu manakala kelab Mbappe iaitu Monaco menanti kedatangan Juventus pada keesokan harinya ketika kejohanan terbesar kelab Eropah menuju ke kemuncaknya.

Misi balas dendam bakal menjadi keutamaan di Santiago Bernabeu buat Atletico dan jurulatih mereka dari Argentina Diego Simeone, dengan mempertaruhkan penyerang terhebat mereka Antoine Griezmann.

Atletico juga bertekad memadamkan memori kekalahan pada final Liga Juara-Juara apabila tewas kepada pencabar setempat mereka pada 2014 dan 2016.

Mereka kehilangan Jose Maria Gimenez akibat kecederaan pangkal paha bermakna mereka kekurangan tiga penyerang utama untuk perlawanan di tempat lawan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 9:08 AM