Hadzlihady Hassan


Georgetown: Polis tumpaskan sindiket dadah dan tahan empat suspek dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Sinaran, Gelugor, di sini, Khamis minggu lalu.

Dalam serbuan jam 9.15 malam itu, polis turut rampas dadah jenis ketamin, heroin, ecstacy dan yaba yang bernilai RM 80, 375.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia 23 hingga 53 tahun dan seorang daripadanya adalah wanita warga Laos.

"Kita turut menyita wang tunai, tiga motosikal, sebuah Mercedes Benz, Toyota Sienta dan Proton Preve.

"Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 12:48 PM
Roslee (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Ramdzan Masiam