Choo (kanan) kini Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Subang Jaya. FOTO Norizuan Shamsuddin
Choo (kanan) kini Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Subang Jaya. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin


Subang Jaya: Pegawai Turus Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Superintenden Choo Lily dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Subang Jaya yang baharu, hari ini.

Lily menggantikan bekas Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Superintenden Lee Swee Meng yang bersara wajib bermula semalam.

Pelantikan itu menjadikan Lily sebagai wanita pertama yang menyandang jawatan Timbalan KPD bagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Majlis serah terima tugas Timbalan KPD itu disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari dan berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini.

Pada majlis terbabit, Swee Meng yang sudah bersara diwakili oleh pemangkunya Deputi Superintenden Azman Shari'at.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 2:21 PM