NASI tumpeng Jawa Timur.
NASI tumpeng Jawa Timur.

Kedatangan Ramadan pasti membuatkan setiap orang teringat juadah kampung dan masakan ibu tercinta ketika berbuka.

Bagi memeriahkan Ramadan ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar raya di bawah satu bumbung berkonsepkan ‘Selera Desa kembara Iftar Di Kuala Lumpur’.

Antara sajian kembara iftar yang dihidangkan antaranya ikan bakar stail masakan Portugis, nasi tumpeng Jawa Timur, rendang itik, siput sedut batang keladi, sup rusa, kambing golek, ayam golek, rojak mamak, asam laksa, roti canai pandan, ketupat, lemang dan produk daripada durian seperti serawa, wajik dan puding.

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan Melayu iaitu gabungan Cef Yohanis, Cef Mariam, Cef Syukri, Cef Alias bersama pasukan masing-masing yang berpengalaman.

Masakan kampung tidak jemu dinikmati, oleh itu tahun ini AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama.

Malah juadah yang disajikan mengikut tempat yang dulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dalam memori antaranya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road.

Menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Bagi penggemar durian pula, pemanis mulut yang segalanya daripada durian seperti serawa, bubur, wajik, dodol, kek, cucur, talam, mousse dan puding.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 sehingga 15 Mei. Selepas tarikh ini baucar dijual pada RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 10:45 AM