SIMON Mignolet. FOTO Reuters
SIMON Mignolet. FOTO Reuters
Reuters

London: Liverpool mesti mengekalkan fokus mereka dan meraih keputusan positif dalam baki tiga aksi Liga Perdana Inggeris ketika mereka berjuang merebut empat tangga teratas sekali gus beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan, kata penjaga gol Simon Mignolet (gambar).

Kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Watford awal pagi kelmarin membantu mereka melonjak tiga mata di depan pasukan tangga keempat Manchester City dan empat mata berbanding pasukan tangga kelima Manchester United namun kedua-duanya memiliki kelebihan beraksi kurang satu perlawanan.

Perebutan empat tangga teratas akan sengit hingga ke hujung musim dan Mignolet bimbang mereka terlalu berpuas hati dan lupa diri selepas menang tiga daripada lima perlawanan terakhir liga.

“Kami perlu mengekalkan apa yang kami lakukan ketika ini. Kami berada pada tahap terbaik tapi apa saja mungkin boleh berubah. Kami perlu terus fokus, berpijak di bumi nyata dan meraih keputusan yang diperlukan,” kata Mignolet.

“Setiap orang mahu bermain dalam Liga Juara-Juara. Itulah tempat yang anda mahukan. Tapi kami belum lagi layak ke sana dan masih ada kerja keras perlu dilakukan selepas ini.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 6:01 AM