Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Pengurus besar sebuah anak syarikat milik Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersama isterinya ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi membantu siasatan atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan mengambil rasuah sejak 2013.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 54 tahun bersama isterinya yang berusia 50 tahun tiba di Mahkamah Majistret masing-masing jam 9 pagi dan 9.40 pagi diiringi pegawai SPRM.

Berdasarkan sumber, siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti bas dan pembaikan bas dan dipercayai sudah mengambil wang rasuah kira-kira RM500,000 sejak tahun 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas penyeliaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 2:47 PM
Pasangan suspek rasuah ditahan reman berhubung kes menyalahgunakan kedudukannya dan mengambil wang rasuah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor