Skip this ad x
PESERTA menunggang kuda ketika menyertai Larian Bendera UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Jambatan Merdeka, pada 4 Mei. FOTO Bernama


ORANG ramai termasuk veteran UMNO tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai Larian Bendera sempena Ulang Tahun Ke-71 UMNO yang diteruskan ke beberapa kawasan parlimen hari ini.

Walaupun bergelar veteran, mereka dilihat begitu bersemangat mengibarkan Sang Saka Bangsa bagi menunjukkan komitmen dalam perjuangan parti berkenaan dalam membina negara.


SEBAHAGIAN daripada 800 peserta konvoi bermotosikal membawa bendera UMNO ketika menyertai Larian Bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di sempadan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor dekat Kampung Paya, pada 5 Mei. FOTO Bernama

Mohd Ismail Ahmad, 68, berkata beliau yang tinggal di Tasek Gelugor bersama beberapa rakan yang lain begitu bersemangat menyertai larian berkenaan bagi menunjukkan rasa cinta terhadap parti.

“Memang pak cik dengan rakan yang lain tidak turun ke bendang kerana kami semua mahu bersama-sama meraikan larian itu.

“Bila pegang bendera UMNO ini perasaan semangat tu lain kerana parti inilah yang banyak berjasa kepada negara terutama orang Melayu.


AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (tiga, kiri), yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri menerima bendera UMNO daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Shariful Azhar Othman (tiga, kanan) pada Larian Bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71, di sempadan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor dekat Kampung Paya. FOTO Bernama

“Kami veteran UMNO berharap Larian Bendera itu dapat menyuntik semangat orang ramai, khususnya generasi muda untuk menghayati perjuangan pemimpin UMNO dahulu yang bergolok gadai untuk memerdekakan negara,” katanya selepas menyertai larian di Pulau Pinan, hari ini.


TARIAN Chingay turut dipersembahkan kepada orang ramai pada Larian Bendera UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Jambatan Merdeka. FOTO Bernama

Larian Bendera tiba di Pulau Pinang semalam dan Sang Saka Bangsa ‘bermalam’ di Parlimen Kepala Batas sebelum penyerahannya dilakukan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman kepada Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Kampung Paya, pada 10 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 6:35 PM