PESERTA pertandingan membetulkan sangkar burung yang pecah.
PESERTA pertandingan membetulkan sangkar burung yang pecah.
Oleh Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Seramai 100 peserta pertandingan burung di Pusat Agro Pelancongan Relau, di sini, kerugian hampir RM400,000 selepas tempat menggantung burung pertandingan seni suara merdu itu patah menyebabkan burung terlepas, pagi kelmarin.

Dalam pertandingan yang dianjurkan tiga peminat burung dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang itu, kayu yang digunakan itu jatuh tiba-tiba menyebabkan sangkar pecah dan 100 burung merbah jambul terlepas.

Peserta pertandingan, Mohd Razak Ibrahim, 46, berkata kejadian berlaku jam 11.30 pagi dan dia amat terkejut apabila burung merbah jambul miliknya itu terlepas selepas kayu berkenaan jatuh.

"Saya terus berlari ke arah tempat burung yang sedang digantung itu selepas terlihat kayu berkenaan jatuh.

"Namun, saya gagal menangkap semula burung merbah jambul saya kerana ia terbang ke hutan berdekatan," katanya ketika ditemui di tempat pertandingan.

Mohd Razak berkata, dia kerugian hampir RM22,000 selepas tujuh burung merbah jambul miliknya terlepas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 5:47 AM