DARI kiri Kumar Chander, Nora Danish dan Mahsuri sewaktu pelancaran Safi Rania Gold.
DARI kiri Kumar Chander, Nora Danish dan Mahsuri sewaktu pelancaran Safi Rania Gold.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Apakah yang paling ditakuti wanita masa kini? Selain masalah pigmentasi dan jeragat, ramai mengakui bimbang tanda penuaan pada usia muda. Walaupun usia belum mencecah 40-an, kulit mula mengendur diikuti garis halus di sekitar mata, dahi dan bahagian bibir.

Kajian saintis menunjukkan tanda penuaan pada wanita disebabkan faktor biologi yang dikaitkan dengan gaya hidup serta persekitaran seperti pencemaran, debu dan habuk serta sinaran matahari.

Menyedari keinginan wanita untuk mengatasi masalah pada kulit mereka begitu kuat, Safi memperkenalkan Safi Rania Gold dengan rangkaian produk antipenuaan diperkaya dengan Bio Nano Emas 24k dan protein sutera. Kombinasi kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen menjadikan kulit lebih anjal serta mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta ejen antioksidan yang hebat. Formulasi unik rangkaian Safi Rania Gold ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen serta lembapan pada bahagian dasar kulit, sekali gus menganjalkan sel kulit.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk Safi Mahsuri Sulaiman, kehadiran rangkaian produk ini mampu merealisasikan impian wanita yang inginkan rangkaian produk antipenuaan yang bukan saja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit.

"Berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Safi Rania Gold menjadikan kulit sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda dalam masa empat minggu. Ini berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan ke atas 50 wanita Malaysia," katanya.

Dilancarkan pada 2009, ia dipasarkan sebagai produk antipenuaan kontemporari seiring dengan kehendak syarak. Produk ini hadir dengan 12 pilihan lengkap rejim kecantikan antipenuaan.

Menyempurnakan kehadiran produk antipenuaan bingkisan emas ini adalah Ratu Rania atau duta Safi Rania Gold, pelakon Nora Danish.

Tampil mempesona dan berkeyakinan, pelakon dan ibu kepada seorang cahaya mata ini menjadi inspirasi wanita seusianya.

"Ini satu penghargaan bagi saya kerana dipilih menjadi teraju kepada Safi Rania Gold. Kembara kecantikan saya menemukan saya dengan satu rangkaian produk antipenuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi dengan wanita mengenai keberkesanan produk serta kepentingannya," katanya.

Berkongsi rejim kecantikan menggunakan Safi Rania Gold, menurut Nora, hanya dalam masa tiga minggu dia mula merasakan perubahan pada raut wajah.

"Perubahan ketara apabila kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekali gus memperlihatkan raut wajah remaja serta kelembapan kulit juga terasa.

"Ia amat istimewa kerana produk ini memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan pilihan produk lengkap serta manfaat tambahan bagi merawat masalah penuaan dengan khusus. Tonggak kecantikan saya terdiri daripada empat produknya iaitu gel pembersih wajah, serum konsentrasi dengan lebih 50 kali bio nano emas 24k bersama kombinasi protein sutera.

"Selepas pengunaan serum, pastikan pemakaian krim pelembap siang dengan perlindungan SPF25PA++ berserta kristal halus yang mengimbangkan ton kulit, justeru kulit tidak kelihatan pucat atau kekuningan.

"Pada waktu malam, pula oleskan krim pelembap malam yang membantu memulih, mencerah dan menganjalkan kulit dengan meningkatkan aktiviti sel serta penghasilan kolagen," katanya.

Safi Rania Gold kini boleh diperoleh di semua kaunter Safi di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:01 AM