KARYA yang melambangkan pengorbanan wanita dalam melahirkan anak.
KARYA yang melambangkan pengorbanan wanita dalam melahirkan anak.

Hanoi: Seorang pelukis penting era 1970-an di Saigon, Trinh Cung melancarkan hasil karya terkini dalam sebuah pameran yang dibuka pada Isnin di Hanoi.

Pameran yang bertajuk, Ngo (Kesedaran) itu ialah yang pertama di ibu negara sejak 20 tahun.

Pelukis yang berusia 77 tahun berkenaan mempamerkan sembilan lakaran dan tujuh lukisan minyak.

“Saya sudah lama tidak menunjukkan hasil karya kepada orang ramai kerana berasa tertekan dengan semua ciptaan saya.

“Kini baru saya sedar bahawa karya seni perlu bebas, mereka perlu hidup. Sebab itu mereka ada di ruang seni ini,” katanya.

Kesemua sembilan lukisan arang itu dicipta ketika melawat Amerika Syarikat pada 2013, dan mendapat inspirasi ketika merasa kesunyian kerana semua orang di sekelilingnya bertutur dalam bahasa asing.

Menariknya, menurut pelukis lulusan Kolej Seni Halus Hue, dia mendapat inspirasi daripada pokok oak yang kelihatan seolah-olah seperti imej manusia.

Pengkritik seni terkenal, Duong Tuong yang mengulas mengenai pameran Chung berkata, “Tidak seperti hasil seninya 20 tahun lalu, karya ini menggambarkan kecantikan yang berguna. Itulah seni.”

Hasil karyanya sudah dipamerkan di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Singapura, Paris, London dan seluruh Amerika Syarikat.

Selain itu, dia turut menjadi pensyarah pelawat di beberapa buah universiti. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 5:11 AM